Institusi Wakafdan Pembangunan Ekonomi Negara: Kes Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia
Sanep Ahmad (nep@ukm.my)Nur Diyana bt Muhamed (dyanamir@yahoo.com.my)
Malaysia mempunyai harta wakaf yang banyakterutamanya tanah dan sekiranya dibangunkan maka ia pasti dapat memberi sumbangan yang positif kepada pembangunan ekonomi umat Islam. Namun, kekurangan dana merupakan satu kekangan utama bagi tujuanpembangunan harta wakaf. Menyedari potensi yang ada maka strategi khusus perlu dibinabagi meningkatkan peranan harta wakaf dalam proses pembangunan.Kajian ini bertujuan menyelidikiapakah langkah yang dilakukan dan dana yang telah disediakan bagimenggerakkan pembangunan tanahwakaf dan seterusnya menilai potensi sumbangannya kepada pembangunan ekonomi umat Islam. Kajian dilakukanan secara diskriptif berdasarkan amalan JAWHAR dan MAIN sebagai dua institusi berwajib mengurus harta wakaf. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dana wakaf telah disediakan dan pengurusan dana ini dilakukan secara professional dan terdapat juga beberapa peruntukah khas untuk wakaf dalam RMK-9, RMK-10 dan bujet 2010. Program khusus seperti pembangunan bazar wakaf untuk rakyat juga telah dilaksanakan bagi memastikan peranan positif institusi wakaf dalam pembangunan ekonomi.Implikasi penting kajian ialah institusi wakaf kini telah diakui kepentingannyadan peruntukan khusus perlu terus dipertingkatkan dari masa kesemasa bagi memastikan peranannya dalam pembangunan ekonomi negara khususnya pembangunan ekonomi umat Islam.
to Download..click Url :
or click :